Followers

Wednesday, October 10, 2012

Kemesraan Hanes Suraya Dengan Lelaki

Kemesraan Hanes Suraya Dengan Lelaki
Hanez Suraya

Hanez Suraya nafi sombong dengan Amy Search

BAGAI bertimpa kontroversi si pelakon muda, Hanez Suraya bermula isu foto dirinya bermesra bersama beberapa rakan lelaki tersebar di internet, baru-baru ini. Terkini, Hanez dicop berlagak diva gara-gara kejadian di belakang pentas majlis Anugerah Blokbuster 2011 di Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, aktres berusia 27 tahun ini dikatakan bersikap sombong apabila tidak menghiraukan penyanyi Amy Search. Hanez juga dikatakan tidak melemparkan senyuman kepada Amy hingga ikon rock negara itu meluahkan rasa kesal terhadap Hanez menerusi Twitter.
Luah pelakon yang selesa disapa Hanez, tidak terlintas dalam fikirannya untuk berlagak dengan sesiapapun - apatah lagi penghibur lagenda seperti Amy yang dihormatinya.

Enggan mengeruhkan keadaan, kekasih Awi Rafael itu meminta maaf secara terbuka sekiranya pelakuan atau sikapnya yang kurang menyenangkan membuatkan Amy berkecil hati.

“Dengan rendah diri saya minta maaf atas kekhilafan diri. Saya tidak pernah terniat untuk menyombong dengan sesiapa. Mungkin rasa segan yang menebal berdepan dengan penghibur tersohor sepertinya membuatkan saya tidak menegurnya,” luahnya kepada HIP.

Dididik hormat golongan berusia

“Sejak kecil saya sudah dididik supaya menghormati insan lebih berusia. Jadi sudah tentu, ketika mula-mula sampai untuk sesi latihan majlis itu, saya senyum dan bersalaman dengan semua orang termasuk abang Amy. Barangkali abang Amy tak perasan.

“Malah, ketika di belakang pentas, saya bersama artis lain termasuk Nabila Huda mengikuti perjalanan majlis menerusi monitor beramai-ramai,” katanya menjelaskan keadaan ketika dipertanggungjawabkan menjadi penyampai trofi pada malam itu.
Hanez berkata, dia sebenarnya cukup peramah serta senang berkawan.

“Cuma pada malam itu, mungkin disebabkan kes kehilangan bimbit membuatkan saya tertekan hingga barangkali terserlah riak wajah yang membuatkan orang tersalah sangka. Namun, selepas menemui telefon bimbit itu, saya kembali tenang,” katanya.

Ditanya apakah dia terkejut apabila dilabel bersikap kontras dengan imej dipaparkan, Hanez menambah, dia menganggap luahan Amy umpama teguran seorang abang yang lebih berpengalaman.

Dakwa diri jadi mangsa

Ditanya kisah foto mesranya dengan beberapa lelaki dipaparkan di sebuah portal, nada suara Hanez agak berubah. Namun, nadanya kembali tegas ketika berkongsi cerita.

Hanez akui sekeping gambar mampu menceritakan 1,001 kisah tetapi ia bersandarkan persepsi orang yang melihat.

Dia berkata, setiap orang punya sejarah silam. Namun, ia tidak perlu diungkit semata-mata mahu menunjukkan keburukan mereka apatah lagi selepas diri berubah.

Lebih membuatkan dirinya terkilan ialah gambar sama dipaparkan berulang kali. Ini kata Hanez, menunjukkan individu atau pihak yang terbabit menyebarkannya seakan sengaja mencari kesilapan dirinya.

“Semua itu cerita lama. Saya sudah berubah dan saya harap penyebar gambar itu dapat menerima perubahan ini. Sokonglah perubahan ini bukannya mengorek kisah dulu. Ini kerana setiap insan akan melalui evolusi hidup yang punya hitam putihnya.

“Janganlah kerana saya nampak mudah mesra ada individu cuba mengambil peluang. Diam tidak bererti saya berhenti bersuara, cuma saya malas mahu mengulas bimbang isu sama tidak berkesudahan,” katanya yang kini lebih berhati-hati dalam menjaga pertuturan dan pelakuan.

Pelakon Dendam Pencinta itu bersyukur apabila kekasihnya juga tidak cepat melatah apabila berhadapan situasi itu. Malah buah hatinya sentiasa menitipkan kata-kata semangat apatah lagi masing-masing membuka buku baru dalam lembaran hidup.

PS : Hmmm.. artis la katekan, buat hal sikit dah kecoh seMalaysia.. kikiki.. padahal manusia biasa jugak, dah rase macam taghud lak. Nauzubillah..

Reactions:


0 Pendapat Bernas: